Saturday, 21 December 2013




KOMPOS

Penyediaan kompos adalah satu aspek dalam bidang pertanian yang amat berguna untuk dipraktikkan kerana ia mempunyai banyak kelebihan sebagai bahan media tanaman. Kegunaannya begitu penting untuk menjaga alam sekitar dan mengembalikan kesuburan tanah. Sekarang kompos telah mempunyai nilai komersial.


       Definisi kompos

       Kompos adalah satu media organik hasil pereputan bahan tumbuhan dan haiwan yang mengandungi  zat-zat pemakanan penting yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan.


Ciri-ciri dan kematangan kompos
§   Warna coklat hitam atau kehitam-hitaman
§   Peroi
§   Tidak melekat pada tangan apabila dikepal
§   Berbau seperti tanah
§   Suhu sama dengan suhu sekeliling
§   Kemasaman pH 5.5 – 7.5

       Kegunaan kompos

§  Membaiki tekstur dan struktur tanah.
§  Menambahkan dan membekalkan  baja ke dalam tanah.
§  Membaiki kelembapan dan pengudaraan tanah.
§  Membaik pulih tanah yang bermasalah.

No comments:

Post a Comment